Saturday, 4 February 2012

SAJAK TARBIYAH


 Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun mengapa masih leka dengan dunia,
 jari masih asyik menari di papan kekunci, 
papan kekunci komputer mahupun telefon,
yang mengawal pergerakan syaitan maya,
bermain kononnya hilangkan duka,
sanggup lakukan perkara sia-sia,
ini bukan wangian tarbiyyah.

kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih hanyut dengan dunia,
dijadikan rutin membaca majalah,
bukan hanya majalah mangga,majalah oren, nenas jua papaya,
semua dijadikan koleksi idaman,
komik-komik setiap siri tidak ketinggalan,
kononnya sekadar mengisi waktu lapang,
banyak lagi perkara lain yang boleh kau lakukan.
ini bukan wangian tarbiyyah.

Kau kata dirimu ditarbiyyah,
namun masih alpa dengan dunia,
wayang-wayang lalai masih terus dilayan,
yang mengundang kepada zinanya mata,
melihat perkara yang bukan-bukan,
membuang masa yang amat berharga,
konon bukan selalu cuma sekali,
bagaimana jika sekali itu lah
takdirnya kau mati.