Thursday 18 August 2011

DOA UNTUKMU KEKASIH

Ya Allah yang Maha Pemurah...
Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia
dan mempertemukanku dengannya.

Terima kasih untuk saat - saat indah
yang dapat kami nikmati bersama.

Terima kasih untuk setiap pertemuan
yang dapat kami lalui bersama.

Aku datang bersujud dihadapanMU...
Hanya padamulah tempat aku mengadu Ya Allah......

Sucikan hatinya ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidupnya.
 
Ya Allah tolong satukan hati kami...
bantulah diriku untuk mencintai, mengerti dan menerima seutuhnya...
berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya...

Redhailah dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerimaku dengan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan...

Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh - sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku bersama dengan dia...

Ya Allah, Aku sedar tidak sempurna untuknya
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik untuknya
Aku hanya berharap agar Kau dapat membuka jalan yang lurus untuknya
supaya dia sentiasa menjaga maruahnya,
menjaga imannya,
menjaga auratnya,
menjaga agamanya,
serta tidak mudah terikut ajakan syaitan dan Iblis......

Aku memohon denganMu Ya Allah
agar Kau kuatkan dan tabahkan hatinya dalam menghadapi setiap dugaan yang Kau berikan.....
Dan biarlah dia mengetahui bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.....

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini...
lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU...

Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku.



Amiiin

Sunday 14 August 2011

ISLAM MASA KINI

Adakah Islam sekarang benar-benar dihayati oleh kita sebagai penganut agama Islam? Atau Islam kini hanya sekadar pada nama semata-mata? Marilah kita imbas kembali bagaimana umat Nabi Muhammad sebelum kita perjuangkan Islam di mata dunia agar Agama Islam dapat berkembang. Tetapi sedihnya hari ini, ada segelintir daripada kita yang memperlekehkan dan malah menentang perkembangan agama Islam walhal mereka ini juga beragama Islam. Lebih menyedihkan apabila ada umat Islam yang sanggup keluar daripada agama Islam hanya kerana alasan yang boleh dikira alasan kanak-kanak. Hari ini kita lihat orang-orang kafir telah berjaya mengembangkan dakyah mereka sedangkan kita menentang dakwah yang selama ini diperjuangkan oleh sahabat-sahabat rasulullah. pelbagai cara untuk kita berdakwah kepada orang ramai. Dengan wujudnya medium media baru, kita lebih mudah untuk memberi penyedaran dan pendekatan.

           Amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri memandang hina kepada orang yang mengamalkan sunnah nabi dan apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Hari ini, berapa ramai orang yang berani berjalan di tengah bandar raya maju dengan memakai jubah, serban, atau paling ringkas kopiah? Mungkin terlalu sukar. Dan apa pula pandangan kita apabila melihat mereka berpakaian sebegini? Sudah tentu kita akan mengatakan mereka ini tabligh, pelik, kuno. Inilah pemikiran kita sekarang. Pemikiran kita telah banyak dipengaruhi Yahudi dan orang kafir sehingga kita sendiri memperlekehkan syariat Islam.

           Terlalu menyedihkan apabila melihat umat Islam memperlehkan kaum Muslimat yang bertudung labuh, berstoking, dan berpurdah. Teramat menyedihkan apabila ada muslimat yang menghina pemakaian pakaian labuh mentup aurat dan bertudung. Biarlah kita tidak memakai seperti itu sekalipun, tetapi janganlah terdetik dalam hati untuk menghina apa yang telah disyariatkan kepada kita sebagai umat Islam. Dalam hadith ada mengatakan barangsiapa yang meghina syariat Islam walhal dia beragama Islam maka berdosalah baginya. Oleh itu marilah kita sama-sama renungkan agar syariat agama islam masih kekal utuh sehingga ke hari kiamat.

Hari ini, kita boleh melihat dengan jelas bagaimana umat islam sendiri melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai Islam yang sejati. Menurut seorang penulis buku iaitu S.Abul A'la Maududi ada mengatakan sedemikian dalam buku yang ditulisnya mengenai Islam masa kini

Dalam istilah Bahasa Inggeris, yakni rangkaikata yang difahami di Barat, “Islam Masa Kini” diertikan sama dengan orang-orang Muslim hari ini. Kebanyakan orang-orang bukan Islam di Barat beranggapan bahawa “Islam” dan “orang-orang Islam” adalah serupa dan kedua-dua istilah itu saling boleh bertukar ganti. Mereka menggunakan perkataan “Islam” di tempat yang sepatutnya digunakan perkataan “orang-orang Islam” dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu kita mestilah jelas dari awal-awal lagi bahawan “Islam Masa Kini” tidaklah mencerminkan keadaan semasa (sebenar) Umat Islam. Ianya juga tidak bererti Islam di masa ini, kerana Islam adalah kebenaran yang kekal abadi yang tidak akan berubah mengikut peredaran amsa, maka kerana itu ia tidak boleh berbeza dalam mana-mana zaman atau pada mana-mana jangka masa. Contohnya, hakikat bahawa alam ini mempunyai Satu Pencipta serta Penguasa yang tidak berkongsi kekuasaanNya adalah suatu kebenaran beribu-ribu juta tahun yang lampau sama seperti ianya benar pada hari nii, dan juga ianya tetap benar pada satu juta tahun yang akan datang. Begitu juga ia adalah suatu kebenaran Ilahiah bahawa kewajibapn setiap makhluk Allah di alam ini aialah menyembah dan mentaati Allah. Peredaran masa tidak ada pengaruh ke atas kebenaran mutlak ini. Realiti tidak dipengaruhi oleh ruang dan masa: ianya abadi dan tidak boleh berubah. Kerana itu masa yang lalu, kini dan akan datang, semalam, hari ini dan besok merupakan konsep yang tidak ada kaitan dengan Islam – satu jelmaan kebenaran Rabbani. Dari itu kita merasakan ada dua kemungkinan mengenai pengertian tajuk perbincangan kita ini.
  • Pertama: Bagaimanakah tindakan orang-orang Islam terhadap Islam masa kini? Apakah sikap orang-orang Islam hari ini terhadap Islam? Sejauh manakah kehidupan mereka ditentukan atau dipengaruhi oleh Islam?
  • Kedua: Adakah mungkin bagi dunia hari ini mengambil atau mengamalkan Islam? Jika demikian, bagaimana? Atau barangkali, pentafsiran yang lebih tepat mengenai tajuk perbincangan ini aialah: ADAKAH ISLAM KESELURUHANNYA BOLEH DIPRAKTIKKAN HARI INI?
Dalam lingkungan dua persoalan di atas inilah saya akan membincangkan perkara ini satu persatu.

Mengenai persoalan pertama, yakni sikap orang-orang Islam kini terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap Iman dan pengaruh Iman dalam kehidupan mereka – kita mestilah melihat sepintas lalu sejarah silam Islam. Keadaan kita pada hari ini lahir dari keadaan kita pada masa silam, dan begitu juga masa depan kita akan muncul atau lahir bertolak daripada keadaan kita hari ini dan dipengaruhi oleh keadaan kini. Jadi untuk mempelajari dan menganalisa sikap orang-orang Muslim terhadap Islam, kita mestilah mengetahui sikap mereka terhadapnya pada masa lepas. Kita boleh mencari sebab-sebab sejarah tentang sikap dan kelakuan kita pada masa lalu dan menentukan kemungkinan sikap kita terhadapnya (Islam) pada masa akan datang.


Saturday 13 August 2011

SURAT HATI UNTUK DIA

Barangkali di sisimu
Wujudku hanyalah
Di hujung tumit
Yang bakal tercicir
Bila kau melangkah
Di setiap simpang

Tetapi dalam hidupku kini
Wujudmu adalah
Satu keajaiban
Satu anugerah
Yang menakjubkan
Senyuman yang selalu kau lontarkan
Ketawa yang selalu kau suakan
Kata-kata yang selalu kau lafazkan
Lirikan matamu yang menawan
Adalah ibarat sejambang bunga mekar
Yang bertakhta
Di atas meja seorang raja
Yang memukau mata
Dan khayalanku

Akan ku belai kesetiaan di jiwa,
demi janji yang terungkap...
Biar jauh terpisah,
Biar kasih teruji,
KAU tetap satu
di dalam hatiku

Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan la aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu 

Sulaman kasih terpaut di jendela
Harumnya merbak kasturi
Wajahmu puteri
Menghilangkan rasa syahdu bila kau hampiri
Luka dalam hatiku bila tiada lagi
Kau Kasih ku rindu
kerana pasti bersama selamanya

moga bersama selama-lamanya
Agar terbina mahkota yang dipohon dan sempurna
hanya Tuhan dapat memahami
buktinya cintaku harapkan
SEJATI selamanya... 




Wednesday 10 August 2011

RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk umat Islam menunaikan rukun islam ketiga. Hari ini ramai umat Islam tidak nampak kelebihan pada bulan Ramadhan ini. Hakikatnya bulan ramadhan ini adalah sebuah medium untuk umat Islam lebihkan beribadah dan menampal kembali amalan-amalan kita yang kita kurang lakukan pada bulan-bulan yang lain. Tetapi pada hari ini, apa yang dapat kita lihat ialah kebanyakan umat Islam hanya memandang puasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga. Ada juga segelintir daripada kita yang mengambil kesempatan tidak berpuasa pada bulan ini. Tidak malukah kita pada orang bukan Islam? Bukannya mereka tidak tahu umat Islam berpuasa pada hari itu. Apa pandangan mereka pada kita apabila melihat perlakuan seperti itu? Kita hendak berdakwah pada orang bukan Islam. Tetapi pada hakikatnya kita telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka.

           Dalam bulan Ramadhan, kita sebenarnya diajar untuk berjimat cermat. Mungkin pada bulan-bulan biasa kita membelanjakan lebih dari bajet kewangan kita. Apalah salahnya jika kita mengurangkan perbelanjaan kita pada bulan Ramadhan. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak dapat menahan hawa nafsu kita kerana seharian berlapar dahaga. Tidak salah kita beli banyak makanan, tapi seelok-eloknya pastikanlah ianya tidak membazir. Cukuplah sekadar mengisi kekosongan dalam perut melainkan kalau kita niat untuk menderma kepada orang lain. Kes seperti ini selalunya berlaku sewaktu berada di bazar ramadhan. Kita merasakan ada sahaja makanan yang kita hendak beli dan cuba rasa. Tetapi bila waktu berbuka, banyak makanan yang tersisa. Bukankah itu satu pembaziran?

          Nasihat untuk muslimat, dalam bulan Ramadhan ini, adalah sebaik-baiknya anda lebih menjaga cara pemakaian anda diluar. Jika pada bulan-bulan lain anda suka pakai yang ketat-ketat, cubalah untuk mengubahnya pada bulan yang mulia ini. Hai ini kerana puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga pandangan dan tingkah laku kita serta amalan kita. Walaupun kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, adakah kita dapat pahala?malah berdosa lagi. Perempuan yang memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan sebenarnya sama dengan perempuan berbogel. Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Anda mampu mengubahnya.


Saturday 6 August 2011

NILAI DAN HARGAI

Pernahkah kita menghargai orang lain?
Pernahkah kita terfikir orang yang sanggup berkorban untuk kita?
Pernahkah kita terfikir mengapa dia melakukan pengorbanan sebegitu rupa kepada kita?
Pernahkah kita terfikir untuk membalas jasa dan budi si dia?
Pernahkah kita terfikir untuk melakukan seperti yang dia lakukan terhadap kita?
Pernahkah kita terfikir bahawa dia sebenarnya benar-benar menyayangi dan mencintai kita?
Pernahkah kita terfikir mengapa si dia sanggup menitis air mata kerana kita?
Pernahkah kita terfikir betapa sayunya melihat si dia sanggup menahan kesakitan semata-mata untuk kita?
Pernahkah kita terfikir?
Oleh itu fikirlah dan hargailah si dia itu.
Kerana anda akan menyesal jika mensia-siakan si dia itu.
Anda hanya akan merugikan kebahagiaan anda jika meninggalkan dia.
Peluang kebahagiaan mungkin hanya akan datang sekali.
Fikirlah yang dia sebenarnya tidak mahu kita menyesal kelak.
Sukar untuk kita menemui insan seperti ini dalam dunia yang sekarang ini penuh dengan kerakusan dan kekejaman.
Janganlah menilai si dia dari sudut yang buruk.
Tapi nilailah si dia dengan mata hati, keikhlasannya dan ketulusannya.
Oleh itu HARGAILAH si dia.

SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI DIRI KITA

Langit = Keagungan

Bersyukurkah kita sebenarnya?
Bersyukurkah kita kepada Sang Maha Pencipta
Kerana-Nya lah kita masih dapat melihat setiap keagungan Allah di muka bumi ini.

Ucapan Alhamdulillah,Subhanallah dan Allahuakbar sentiasa meniti di bibirku tatkala aku melihat betapa agungnya ciptaan Allah. Contohnya Langait ciptaan Allah. Pernahkah kita terfikir bagaimana langit tercipta tanpa sokongan atau tiang yang membantunya di atas langit. Cuba kita bandingkan dengan ciptaan manusia hari ini. Sekreatif mana pun seseorang manusia dalam mencipta sesuatu, sokongan dan bahan bantuan seperti konkrit sebagai asas pembinaan sesuatu bangunan mesti ada supaya dapat mengukuhkan lagi ciptaan manusia itu. Tetapi tidak seperti langit. Allah menciptakan langit tanpa sebarang tiang, malah  awan bebas bergerak. Kalau kita fikir jika langit diciptakan dengan tiang, maka pasti dan pasti hari-hari akan terpampang dalam akhbar kes kemalangan kapal terbang di langit. Betul kan? Betapa indahnya ciptaan Allah. Tatkala matahari terbenam, maka terserlah keindahan langit itu. Gunalah mata dan hati kita dengan sebaiknya supaya dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah.
Sentiasa melafazkan kalimah-kalimah
SUBHANAALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR..

sekadar renungan.