Sunday 14 August 2011

ISLAM MASA KINI

Adakah Islam sekarang benar-benar dihayati oleh kita sebagai penganut agama Islam? Atau Islam kini hanya sekadar pada nama semata-mata? Marilah kita imbas kembali bagaimana umat Nabi Muhammad sebelum kita perjuangkan Islam di mata dunia agar Agama Islam dapat berkembang. Tetapi sedihnya hari ini, ada segelintir daripada kita yang memperlekehkan dan malah menentang perkembangan agama Islam walhal mereka ini juga beragama Islam. Lebih menyedihkan apabila ada umat Islam yang sanggup keluar daripada agama Islam hanya kerana alasan yang boleh dikira alasan kanak-kanak. Hari ini kita lihat orang-orang kafir telah berjaya mengembangkan dakyah mereka sedangkan kita menentang dakwah yang selama ini diperjuangkan oleh sahabat-sahabat rasulullah. pelbagai cara untuk kita berdakwah kepada orang ramai. Dengan wujudnya medium media baru, kita lebih mudah untuk memberi penyedaran dan pendekatan.

           Amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri memandang hina kepada orang yang mengamalkan sunnah nabi dan apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Hari ini, berapa ramai orang yang berani berjalan di tengah bandar raya maju dengan memakai jubah, serban, atau paling ringkas kopiah? Mungkin terlalu sukar. Dan apa pula pandangan kita apabila melihat mereka berpakaian sebegini? Sudah tentu kita akan mengatakan mereka ini tabligh, pelik, kuno. Inilah pemikiran kita sekarang. Pemikiran kita telah banyak dipengaruhi Yahudi dan orang kafir sehingga kita sendiri memperlekehkan syariat Islam.

           Terlalu menyedihkan apabila melihat umat Islam memperlehkan kaum Muslimat yang bertudung labuh, berstoking, dan berpurdah. Teramat menyedihkan apabila ada muslimat yang menghina pemakaian pakaian labuh mentup aurat dan bertudung. Biarlah kita tidak memakai seperti itu sekalipun, tetapi janganlah terdetik dalam hati untuk menghina apa yang telah disyariatkan kepada kita sebagai umat Islam. Dalam hadith ada mengatakan barangsiapa yang meghina syariat Islam walhal dia beragama Islam maka berdosalah baginya. Oleh itu marilah kita sama-sama renungkan agar syariat agama islam masih kekal utuh sehingga ke hari kiamat.

Hari ini, kita boleh melihat dengan jelas bagaimana umat islam sendiri melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai Islam yang sejati. Menurut seorang penulis buku iaitu S.Abul A'la Maududi ada mengatakan sedemikian dalam buku yang ditulisnya mengenai Islam masa kini

Dalam istilah Bahasa Inggeris, yakni rangkaikata yang difahami di Barat, “Islam Masa Kini” diertikan sama dengan orang-orang Muslim hari ini. Kebanyakan orang-orang bukan Islam di Barat beranggapan bahawa “Islam” dan “orang-orang Islam” adalah serupa dan kedua-dua istilah itu saling boleh bertukar ganti. Mereka menggunakan perkataan “Islam” di tempat yang sepatutnya digunakan perkataan “orang-orang Islam” dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu kita mestilah jelas dari awal-awal lagi bahawan “Islam Masa Kini” tidaklah mencerminkan keadaan semasa (sebenar) Umat Islam. Ianya juga tidak bererti Islam di masa ini, kerana Islam adalah kebenaran yang kekal abadi yang tidak akan berubah mengikut peredaran amsa, maka kerana itu ia tidak boleh berbeza dalam mana-mana zaman atau pada mana-mana jangka masa. Contohnya, hakikat bahawa alam ini mempunyai Satu Pencipta serta Penguasa yang tidak berkongsi kekuasaanNya adalah suatu kebenaran beribu-ribu juta tahun yang lampau sama seperti ianya benar pada hari nii, dan juga ianya tetap benar pada satu juta tahun yang akan datang. Begitu juga ia adalah suatu kebenaran Ilahiah bahawa kewajibapn setiap makhluk Allah di alam ini aialah menyembah dan mentaati Allah. Peredaran masa tidak ada pengaruh ke atas kebenaran mutlak ini. Realiti tidak dipengaruhi oleh ruang dan masa: ianya abadi dan tidak boleh berubah. Kerana itu masa yang lalu, kini dan akan datang, semalam, hari ini dan besok merupakan konsep yang tidak ada kaitan dengan Islam – satu jelmaan kebenaran Rabbani. Dari itu kita merasakan ada dua kemungkinan mengenai pengertian tajuk perbincangan kita ini.
  • Pertama: Bagaimanakah tindakan orang-orang Islam terhadap Islam masa kini? Apakah sikap orang-orang Islam hari ini terhadap Islam? Sejauh manakah kehidupan mereka ditentukan atau dipengaruhi oleh Islam?
  • Kedua: Adakah mungkin bagi dunia hari ini mengambil atau mengamalkan Islam? Jika demikian, bagaimana? Atau barangkali, pentafsiran yang lebih tepat mengenai tajuk perbincangan ini aialah: ADAKAH ISLAM KESELURUHANNYA BOLEH DIPRAKTIKKAN HARI INI?
Dalam lingkungan dua persoalan di atas inilah saya akan membincangkan perkara ini satu persatu.

Mengenai persoalan pertama, yakni sikap orang-orang Islam kini terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap Iman dan pengaruh Iman dalam kehidupan mereka – kita mestilah melihat sepintas lalu sejarah silam Islam. Keadaan kita pada hari ini lahir dari keadaan kita pada masa silam, dan begitu juga masa depan kita akan muncul atau lahir bertolak daripada keadaan kita hari ini dan dipengaruhi oleh keadaan kini. Jadi untuk mempelajari dan menganalisa sikap orang-orang Muslim terhadap Islam, kita mestilah mengetahui sikap mereka terhadapnya pada masa lepas. Kita boleh mencari sebab-sebab sejarah tentang sikap dan kelakuan kita pada masa lalu dan menentukan kemungkinan sikap kita terhadapnya (Islam) pada masa akan datang.


No comments: