Wednesday 10 August 2011

RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk umat Islam menunaikan rukun islam ketiga. Hari ini ramai umat Islam tidak nampak kelebihan pada bulan Ramadhan ini. Hakikatnya bulan ramadhan ini adalah sebuah medium untuk umat Islam lebihkan beribadah dan menampal kembali amalan-amalan kita yang kita kurang lakukan pada bulan-bulan yang lain. Tetapi pada hari ini, apa yang dapat kita lihat ialah kebanyakan umat Islam hanya memandang puasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga. Ada juga segelintir daripada kita yang mengambil kesempatan tidak berpuasa pada bulan ini. Tidak malukah kita pada orang bukan Islam? Bukannya mereka tidak tahu umat Islam berpuasa pada hari itu. Apa pandangan mereka pada kita apabila melihat perlakuan seperti itu? Kita hendak berdakwah pada orang bukan Islam. Tetapi pada hakikatnya kita telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka.

           Dalam bulan Ramadhan, kita sebenarnya diajar untuk berjimat cermat. Mungkin pada bulan-bulan biasa kita membelanjakan lebih dari bajet kewangan kita. Apalah salahnya jika kita mengurangkan perbelanjaan kita pada bulan Ramadhan. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak dapat menahan hawa nafsu kita kerana seharian berlapar dahaga. Tidak salah kita beli banyak makanan, tapi seelok-eloknya pastikanlah ianya tidak membazir. Cukuplah sekadar mengisi kekosongan dalam perut melainkan kalau kita niat untuk menderma kepada orang lain. Kes seperti ini selalunya berlaku sewaktu berada di bazar ramadhan. Kita merasakan ada sahaja makanan yang kita hendak beli dan cuba rasa. Tetapi bila waktu berbuka, banyak makanan yang tersisa. Bukankah itu satu pembaziran?

          Nasihat untuk muslimat, dalam bulan Ramadhan ini, adalah sebaik-baiknya anda lebih menjaga cara pemakaian anda diluar. Jika pada bulan-bulan lain anda suka pakai yang ketat-ketat, cubalah untuk mengubahnya pada bulan yang mulia ini. Hai ini kerana puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga pandangan dan tingkah laku kita serta amalan kita. Walaupun kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, adakah kita dapat pahala?malah berdosa lagi. Perempuan yang memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan sebenarnya sama dengan perempuan berbogel. Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Anda mampu mengubahnya.


No comments: