Saturday, 14 January 2012

PANDAI ATAU TIDAK PANDAI

HAKIKAT semua manusia ingin mempunyai akal fikiran yang bijak dan mampu berfikir menerjah @ melangkau lebih ke hadapan. Realiti hari ini, lahir ramai orang bijak pandai dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Maaf dizahirkan kerana tajuk blog saya tidak gramatis. Saya ingin berkongsi apa yang saya lihat dalam dunia hari ini. Saya setuju dan akui prospek bidang hari ini memerlukan mereka yang pandai untuk membantu mempertingkat atau memperkukuh sesebuah institusi. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat ramai mahasiswa waima siswi berhempas pulas untuk mencapai segulung ijazah dan tergolong dalam orang yang pandai.





Isu yang ingin saya ketengahkan sebenarnya ialah dalam bidang agama. Bukanlah seperti diatas. Persepsi yang saya ingin utarakan ialah biarlah kita tidak pandai tapi tahu agama dan jangan kita pandai tapi pertikai dan permain agama. Kenapa saya utarakan persepsi ini? Saya melihat hari ini banyak isu seleweng agama, menjadikan agama sebagai satu permainan dalam mencapai duniawi semata-mata. Dan percayakah anda bahawa penyelewengan ini dipelopori, diterajui oleh orang yang bijak pandai? Jawapannya YA. Mereka bukan tidak tahu membaca, bahkan merekalah yang pernah menjadi pelajar terbaik, penerima anugerah dan sebagainya. Orang yang tidak pandai dalam pelajaran mereka justeru berusaha mencari kebenaran, mencari erti sebenar dalam hidup mereka dan agama agar mereka sentiasa patuh ajaran agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan hari ini kita lihat mereka yang bijak pandai menjadikan agama sebagai satu pertaruhan untuk memenuhi kehendak mereka. Banyak contoh yang dapat kita lihat hari ini. Saya tidak akan memberi contoh kerana mungkin akan menyentuh mana-mana pihak. Tetapi sentiasa ingatlah pada Allah. Barangsiapa yang mempermainkan agama maka dia berdosa besar. Kalau boleh biarlah kita memasang azam dan niat untuk menjadi orang yang pandai dan membela agama dari jatuh.

Saturday, 7 January 2012

MEREKA DI MATA KITA

Dua pengalaman berbeza telah saya lalui. kedua-duanya mempunyai intipati yang sama pada mata pandangan kita semua. Adakah mereka mempunyai masa hadapan? Itulah yang bermain di fikiran kita. Betul? Pengalaman pertama yang saya lalui sewaktu saya ditugaskan sebagai fasilitator di sebuah sekolah yang luar biasa. Sekolah yang diberi nama Sekolah Tunas Bakti (Perempuan). Pelajar yang masuk di situ adalah di bawah perintah mahkamah juvana. Mereka dikawal oleh polis seketatnya. Tidak ada sedikit kebebasan pun untuk mereka melihat dunia luar apatah lagi berjinak dengan keadaan semasa seperti kita. Walhal mereka hanyalah kanak-kanak dan remaja yang ingin merasai kenikmatan dunia. Saya dapat simpulkan pandangan orang luar mengenai mereka:
 1. Mereka tidak ada masa hadapan langsung.
2. Mereka hanya menyusahkan orang lain.
Hakikatnya mungkin benar. Mereka terlibat dengan kesalahan tertentu malah di bawah umur dan ditempatkan disitu. Dikawal ketat oleh polis. Kawasan sekolah berpagarkan kawat berduri setinggi rumah kedai. Terasing pula dengan persekitaran luar. Program yang diadakan merupakan rentetan dari program sebelumnya yang pernah diadakan. Kami cuba untuk menyelami sebenarnya impian dan cita-cita mereka. Awalnya sangkaan kami bahawa mereka hanya mahu bebas tetapi apa yang kami dapati sangat mengejutkan. Saya hanya menjalankan arahan sebagai pembantu sistem komputer. Tak sangka ada diantara mereka yang bersungguh ingin meminta saya menyalin kalimah-kalimah zikir yang berkumandang. Siapa kata mereka tiada akhlak. Apabila berada dalam kumpulan, saya memainkan peranan sebagai penggalak kepada mereka untuk bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Mereka masing-masing mempunyai impian yang sangat tinggi. Ada yang ingin menjadi peguam, menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi. Realitinya mereka ada impian, ada cita-cita. Cuma kita yang disekeliling selalu pandang remeh. Realiti sebenarnya Ibu Bapa mereka yang menghantar mereka ke situ padahal mereka ini masih boleh dididik, diasuh. Tanggungjawab dilepaskan begitu sahaja.
           
          Pengalaman saya yang kedua saya lalui agak berbeza walaupun persekitaran lebih kurang sama. Rumah Taman Sinar Harapan. Disinilah kanak-kanak yang istimewa ditempatkan. langkahan kaki yang pertama terpancar keriangan mereka menyambut saya dan rakan-rakan. Kami ceria di luaran tapi sayu di dalaman. Seronok melihat mereka aktif bermain tetapi sayu melihat kehipan mereka yang langsung tidak bebas. Orang luar memandang remeh pada mereka. Sedih manusia hari ini. Sedih. Jangan kita hanya menilai pada luaran tapi pandanglah dari semua sisi supaya kita dapat melihat dunia sebenar mereka.
Hadiahkan Al-Fatihah untuk seorang penghuni yang telah meninggal dunia. Mereka dijamin syurga. Bagaimana kita?
wasalam.