PERIHAL SAYA


Nama diberi Mohamad Qayyum Bin Shamsudin

SEDIKIT BINGKISAN HIDUPKU

Dilahirkan pada 6 mei 1993
Bersamaan 14 Zulkaedah 1413
Merupakan anak kelahiran Johor Darul Takzim
Pernah menetap di Lumut Perak
Kerana mengikut arwah ayahku
ALLAHYARHAM SARJAN SHAMSUDIN BIN MD. WAHID
yang bertugas pada waktu itu
Di Pangkalan TLDM Lumut, Perak

Ibu tercinta bernama
HASNAH BINTI MOHD SALLEH 

Mempunyai seorang adik bernama
MOHAMAD SYABIL BIN SHAMSUDIN

Telah mendapat pendidikan awal di Tadika Agama di Lumut, Perak
Kemudian bertukar ke Tadika Kemas Felda di Johor
Di peringkat rendah aku telah dihantar ke SK LKTP Felda Air Tawar 1
Kemudian telah menyambung pelajaran di sebuah sekolah menengah agama kerajaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar.(SMKABP)
Dari Tingkatan 1 Sehingga Tingkatan 5
Sehingga aku diberi kepercayaan untuk memimpin asrama.
SPM aku bukanlah cemerlang
Pada awalnya aku sukar untuk menerima kenyataan
Tetapi aku sedar setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Disinilah aku bertemu dengan seseorang yang telah menjadi sumber inspirasi dalam hidupku
Aku sangat kagum dengan kesungguhannya dan ketabahan
Aku menganggapnya sebagai kakak kandungku
NUR RASYIDAH BINTI KAMARUZAMAN
yang kini telah pun menyambung pelajaran di Unversiti Yarmouk, Jordan.
TAHNIAH KAK!!

Disinilah bermulanya titik pencarian sebuah erti kehidupan yang sebenar.
Disinilah aku belajar segala-galanya.
Bahawa ilmu aku sangat cetek jika hendak dibandingkan dengan Sang Maha Pencipta
Disinilah juga aku mengenali dan memahami lebih dalam Agama Islam
Walaupun pada hakikatnya aku bukanlah seorang yang alim
Tetapi kerana rasa tanggungjawab terhadap agama tercinta
Aku akan perjuangkan agama yang dibawa oleh Rasullullah

Kini zaman sekolahku telah pun berlalu
Dan Alhamdulillah
Allah telah memberikan aku peluang untuk aku berjuang
Kini aku adalah mahasiswa Sebuah IPTA
Dan aku telah sedikit mencapai target impian untuk menjadi seorang motivator
Dan juga cita-citaku sebagai seorang peguambela dan peguamcara
KIni aku hanyalah seorang fasilitator dalam sebuah kelab konsultan
Kelab Tutor Remaja
Tapi dari situ aku cuba belajar
Demi mencapai impian dan cita-cita 
Disamping itu, aku juga mula menggiatkan diri sebagai konsultan
di MAA Takaful Holdings Sdn.Bhd